Pada 26-27/3/2011 yg lalu..Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan KAB sesi 2010/2011 telah mengadakan Program Jalinan Kasih Suburkan harapan(JASA) di Rumah anak-anak yatim/miskin Bait Al-Amin Kampung tengah Perak. Program yang berlangsung selama 2 hari itu bertujuan untuk membawa Skuad Bakti KAB dan ajk pelaksana mendampingi kehidupan sebenar insan yang kurang bernasib baik. Disamping itu dapat membina tautan kasih sayang dan memberi harapan untuk anak-anak yang dambakan kasih sayang keluarga tercinta.
Setibanya kami disana,disambut dengan riang oleh anak-anak dan pengurus Rumah Bait Al -Amin, En Rozelan Zamzuri. Sepanjang 2 hari disana kami bersama-sama menyiapkan hidangan dengan memasak sendiri. Keadaan ini lebih menimbulkan suasana kekeluargaan dan harmoni sesama insan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah LDK,slot Motivasi,sukaneka,gotong royong ,tanam pokok dan sebagainya."Anak-anak Bait Al-Amin perlu diberi kasih sayang" itulah pesanan pengarah program, saudari Siti Mardhiah Bt Mansor kepada semua ajk Jasa. Apa yang penting masa yang ada ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk bersama mereka.
Akhir kalam,semoga anak-anak Bait Al-Amin akan terus tabah menghadapi ujian Allah. Bersyukurlah kerana masih diberi nikmat iman dan kehidupan untuk terus bernafas dibumi tempat persinggahan sementara ini.Yang telah pergi meninggalkan dunia, Allah lebih sayangkan mereka.Sesungguhnya setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.Yakinlah dengan ketentuanNYA.Sehingga kini sayu hati kami mendengar lagu daripada Anak-anak Bait Al-Amin yang sarat dengan perjalanan hidup yang penuh rintangan. Kami doakan kejayaan anak-anak Bait Al Amin. InsyaAllah.
Oleh:Mohd Loqmanul Hakim bin Kamaruldzaman
Exco kebajikan dan kemasyarakatan KAB sesi 2010/2011
KEBAJIKAN UNTUK SEMUA SAYANGI KAB!
Rona ungu sinaran kasih ..JASA sesama insan~
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AJK PELAKSANA JASA!