Assalamualaikum dan salam Ramadhan..
Pada 14 ogos lalu selesailah program Kedua Exco kebajikan dan kemasyarakatan KAB sesi 2010/2011.Program Masih ada yang sayang merupakan sebuah program yang dirangka untuk meraikan anak-anak yatim yang terdiri dalam kalangan penghuni kolej sendiri.Program berlansung dalam keadaan hujan lebat.Maka terdapat peserta yang tidak dapat hadir.Menurut seorang peserta saudari Nurfaraihan,program ini sedikit sebanyak dapat memberi peluang untuk penghuni yang kurang bernasib baik mendapatkan maklumat mengenai badan yang bertanggungjawab jika berlaku masalah kelak.
Program ini telah dirasmikan Oleh Ustaz Rosli yang Mewakili Tuan Pengetua yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain.Ustaz Rosli juga mengulas beberapa hadis mengenai kepentingan meraikan anak yatim dalam perspektif islam.Menurut pengarah program pula, saudara Mohd Loqmanul Hakim program seumpama ini amat berguna untuk meraikan anak yatim KAB agar mereka tidak rasa disisihkan selain memperolehi maklumat mengenai beberapa perkara penting ketika mengalami masalah kelak.Borang khairat kematian juga telah diedarkan kepada mereka yang memerlukan.Allhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun berlaku beberapa masalah .Terima kasih diucapkan kepada semua ajk pelaksana yang terdiri daripada JMK KAB dan ahli Skuad Bakti.Semoga banyak lagi program dapat dijalankan dibawah Skuad Bakti!!
5 comments:
banyaknya korang makan...
takpela..habiskan makanna...hahhahah
oit..baju kurung sapa ek tu..kantoi makan banyak..kui3
Terima kasih kepada semua..
rsanya nasik mekna. hahahah
Post a Comment