Salam bakti..Oleh kerana isu keracunan makanan semakin menjadi-jadi di KAB. Maka Bakti ingin berkongsi Maklumat mengenai Keracunan makanan. Semoga bermanfaat untuk kesihatan kita bersama. Kebajikan untuk semua.SAYANGI KAB:
1)Apakah Keracunan Makanan?
>Keadaan di mana seseorang itu mengalami:
• Loya dan muntah
• Loya dan muntah
• Memulas dan sakit perut
• Cirit-birit
• Kadangkala demam dan kesejukan
2)Bilakah Gejala-Gejala Ini Timbul ?Biasanya gejala-gejala ini timbul beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar (beracun) atau beberapa hari kemudiannya.
3)Gejala yang dialami berbeza dari seseorang ke seorang yang lain bergantung kepada
• Ketahanan seseorang
• Jenis racun
• Jumlah racun yang termakan
• Umur seseorang
4)Apakah Punca Keracunan Makanan?
>Punca utama ialah makan makanan yang:
• Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengah jenis kulat, cendawan, makanan laut ("shell-fish") dan sebagainya.
• Tercemar oleh kuman yang merbahaya
• Tercemar oleh bahan-bahan kimia
• Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainya
5)Bagaimana Cara Jangkitan?
• Penjaja/penjual tidak menghirau kebersihan diri dan juga kebersihan gerainya
• Penjaja/penjual tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan makanan
• Menjamah makanan dengan tangan yang kotor
• Penjaja/penjual mendedahkan makanan kepada lalat, habuk dan sebagainya
• Pengguna tidak peduli tentang kebersihan makanan yang dibeli
6)Bolehkah Masalah Ini Diatasi?
>Masalah ini boleh diatasi jika kita semua sebagai pengguna, menuntut hak-hak kita untuk
• Memilih makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan
• Menjauhi gerai-gerai yang kotor dan tidak mengikut peraturan kebersihan
• Mendapatkan sokongan dan kerjasama kawan dan saudara mara supaya menjauhi dari membeli makanan dari gerai yang kotor
• Menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan
• Melaporkan penjaja/peniaga yang kotor kepada Pejabat Kesihatan/Majlis Bandaran
• Patuhi amalan-amalan yang baik untuk mencegah keracunan makanan seperti :
Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan menyentuh makanan
Jangan ambil makanan dengan tangan. Gunakanlah penceduk, garpu, sudu atau penyepit yang bersih
Gunakanlah alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan. Jangan gunakan alat-alat yang sama bagi makanan mentah dan yang dimasak
Simpan atau tudung makanan supaya terlindung dari lalat, serangga dan habuk
Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam, sayur dan susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan. Jika tidak mempunyai peti sejuk, sebaik-baiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja.
JIKA TERJADI KERACUNAN MAKANAN KEPADA ANDA ATAU KELUARGA ANDA
• Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
• Simpan makanan yang disyaki menyebabkan keracunan, supaya pihak kakitangan kesihatan dapat membuat kajian selanjutnya.
• Pastikan orang lain tidak makan makanan tersebut
• Laporkan semua kejadian keracunan di Pejabat Kesihatan atau Pusat Kesihatan yang berhampiran dengan segera.
Jangan lupa telefon exco kebajikan dan kemasyarakatan KAB YA!
Loqman & mardhiah
Loqman & mardhiah
1 comment:
Bakti sayang sama kab!!!
Post a Comment