PENGUMUMAN BAKTI!!

Followers

Friday, July 30, 2010

::SEMUA DIJEMPUT MEMERIAHKAN HARI KEBAJIKAN KAB 2010!!!

Salam Bakti semua...
Esok akan bermulalah program bersama skuad bakti kab, exco kebajikan dan kemasyarakatan sesi 2010/2011..Tentatif program adalah seperti berikut:

TARIKH
MASA
AGENDA
31 Julai 2010






















1 ogos 2010
11.00 pagi-1.00 petang        




1.00 petang-2.00 petang




2.00 petang-4.00  petang    




5.00 petang -6.30 petang



2.00-4.00 petang
Slot 1:Operasi Kebajikan Sekitar Kolej
*Membersihkan surau
*Mengutip sampah sekitar kolej
*Basuhan Amal



Solat zohor dan Kebajikan Diri




Slot 2:LDK bersama Skuad Bakti
*Memberi info berguna kepada penghuni
*Menjalankan aktiviti-aktiviti interaktif antara penghuni dan Skuad Bakti



Slot 3:Indoor Game
*Karom
*Congkak
*Ping pong



Majlis Penutupan Hari Kebajikan KAB 
*Penyampaian Hadiah kepada pemenang



#stiker akan diberikan
#makanan percuma disediakan
Tema:Kebajikan Untuk Semua, Sayangi KAB!!

Monday, July 26, 2010

::Design Baju untuk Skuad Bakti::

Salam bakti semua..
Rasanya semua ahli Skuad Bakti tak sabar2 untuk tengok design baju skuad bakti..Terima kasih kepada Saudara Amir merangkap Exco Pdi Kab yang bertungkus lumus menyiapkan design baju ni...Sebarang komen untuk penambahbaikan baju  dialu-alukan sebelum ditempah k..



::tadaaa..design baju untuk Skuad Bakti KAB..Sebarang komen amat dialu-alukan::

Friday, July 23, 2010

::Skuad Bakti KAB mendapat sambutan::

Salam bakti semua..

Allhamdulillah setelah diperkenalkan skuad bakti iaitu unit baru dibawah Exco Kebajikan Dan Kemasyarakatan, unit ini mendapat sambutan daripada para penghuni KAB terutamanya pelajar sem 1...setakat ini jumlah ahli yang berdaftar ialah seramai 79 orang...pada mulanya kami hanya mensasarkan 40 orang...tetapi memandangkan mendapat sambutan maka keahlian ditambah lagi..


Perjumpaan pertama telah dilakukan pada 21 julai 2010 yang dikendalikan oleh ketua unit iaitu saudara casey dibantu Rakan Exco firdaus dan fatiha anis...semuanya berjalan lancar..Harapan semoga skuad Bakti KAB dapat terus memberikan komitmen untuk kebajikan semua penghuni KAB!


Kebajikan Untuk Semua.Sayangi KAB!!!


Saturday, July 17, 2010

::Penubuhan Skuad Bakti Kab::

Assalamualaikum dan salam bakti buat semua..
Pada sesi ini Exco Kebajikan Dan Kemasyarakatan KAB akan menubuhkan sebuah unit yang dinamakan Skuad Bakti KAB..Tujuan Skuad Bakti ditubuhkan adalah untuk menjadi pengantara antara penghuni kolej dengan pihak Exco kebajikan serta pengurusan..Buat masa ini kami mensasarkan seramai 60 orang ahli untuk menganggotai Skuad ini..Kami amat mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat..sambil kita belajar sambil kita berbakti!!Kebajikan untuk semua Sayangi KAB...

:SKUAD BAKTI KAB:

:SKUAD BAKTI KAB:
Skuad Bakti KAB merupakan sebuah unit yang ditubuhkan dibawah Exco Kebajikan dan kemasyarakatan KAB sesi 2010/2011 pada 31 Julai 2010.Skuad Bakti berperanan untuk menjaga kebajikan Pelajar Kolej Aminuddin Baki sekaligus menerapkan Budaya Prihatin sesama Penghuni.Kami amat mementingkan kebajikan anggota.Moto kami "Kebajikan untuk semua Sayangi KAB!"

::Zon Muzik Bakti::