PENGUMUMAN BAKTI!!

Followers

Saturday, January 22, 2011

UJIAN DARAH DI KOLEJ AMINUDDIN BAKI~

Salam bakti buat semua..
Apa khabar anda semua..Bakti harap semuanya sihat sentiasa..maklumlah sekrang ni macam2 penyakit kan..owh ya..baru2 ni semasa taklimat bersama pengetua hari Khamis...semua warga blok D dan sebahagian warga Blok E Kolej Aminuddin Baki dikehendaki membuat ujian darah..kenapa??sebab pihak hospital ingin mengesan penyakit denggi..maklumlah penyakit ni senang menular kan..Jadi apa salahnya membuat pemeriksaan pada peringkat awal..kata orang Merawat Lebih Baik Mengubati...

Ada juga beberapa orang bertanyakan kepada bakti bilakah keputusan ujian akan keluar..macam menakutkan ja bunyinya kan..hehe..Bakti sempat bertanya pada pegawai yang terlibat malam tu..kata pegawai tersebut keputusan akan keluar dalam masa dua minggu.Hal ini kerana sampel darah terlalu banyak dan menagmbil masa untuk memeriksa satu persatu..sama2 kita doakan agar semuanya bebas dari penyakit..insyaAllah~

Haa..jom kita tengok situasi malam tu..jeng2...

Khusyuk tengok jari takut terpotong kan..heheh

haa..ada yang menagis ke??owh tetidor kot...

Emm..sama2 kita nantikan keputusannya...

KEBAJIKAN UNTUK SEMUA SAYANGI KAB!

Kisah Sebakul Air dan Al-Quran..

Selalu terjadi, kita merasakan usaha kita sia-sia. Penat kita berusaha tetapi langsung tiada hasil. Malas hendak buat perkara yang sama lagi kerana seakan tidak berbaloi. Begitu juga halnya dengan rutin membaca kita, iaitu membaca al-Quran.

Apa yang lebih mahal, usaha atau hasil ?
 
Amad dan Atuk

Seorang petani tua tinggal bersama cucunya di sebuah kawasan pedalaman. Rutin sesudah subuh sebelum bertani, Si Atuk akan membaca al-Quran di pangkin. Amad, cucu Si Atuk sentiasa memerhatikan gelagat atuknya, dan berusaha untuk merutinkan bacaannya seperti atuk.

Suatu hari Amad bertanya, "Atuk, Amad cuba untuk baca al-Quran setiap hari macam Atuk, tapi Amad selalu tidak faham. Bila faham sekali pun, Amad tetap akan lupa bila Amad tutup al-Quran. Apa ya kebaikan baca al-Quran, Atuk?"

Si Atuk menutup al-Quran dan tersenyum, faham benar dengan pertanyaan cucu tunggalnya itu. Tidak menjawab soalan Amad, sebaliknya Atuk menyuruh Amad berbuat sesuatu, "Amad ambil bakul arang di dapur. Pergi ke sungai dan bawa balik sebakul air untuk Atuk."

Amad hanya menurut, pergi ke sungai, mengisi air ke dalam bakul, dan berjalan balik ke rumah. Sebelum sampai ke rumah, air terkeluar melalui lubang-lubang bakul yang dibuat daripada rotan. Amad berpatah balik ke sungai sekali lagi.

Dari jauh  Si Atuk memerhatikan gelagat Amad sambil tertawa, lalu berteriak, "Amad perlu bergerak lebih laju, supaya sempat sampai di rumah!"

Kali ini Amad berlari lebih laju, tetapi hasilnya tetap sama, bakul tetap kosong sebelum sampai ke rumah. Tercungap-cungap keletihan, Amad fikir terlalu mustahil untuk membawa air menggunakan bakul, lalu dia mencapai baldi.
 
"Atuk tidak mahu air dari baldi, Atuk hanya mahu air dari bakul. Amad belum berusaha dengan bersungguh, Atuk tahu."
Lalu Amad mencapai bakul tadi dan segera ke sungai, dia ingin membuktikan kepada Atuknya yang dia telah berusaha bersungguh-sungguh. Malah semakin cepat Amad berlari, semakin cepat air keluar daripada bakul tersebut.
 
"Tengok Atuk, tidak berguna bukan? Bakul ini tetap kosong," kata Amad kepada Atuknya, menelan rasa kecewa.
 
Betulkah tidak berguna?
"Tidak berguna kata Amad? Cuba Amad lihat bakul itu."
Amad melihat bakul di tangannya, dan Amad baru perasan satu perkara, iaitu bakul itu tidak lagi comot dengan kesan arang dan tanah, malah jauh lebih bersih, luar dan dalam.

"Amad, itulah yang berlaku bila kita selalu membaca al-Quran. Kita mungkin tidak faham, atau tidak ingat apa-apa, tetapi yakinlah  bila kita membacanya, kita akan berubah, luar dan dalam". 

Amad tersenyum lebar dan penuh bahagia, persoalannya kini terjawab.
 

Usaha atau Hasil?
Seringkali kita terfokus pada hasil, sehingga kita terlupa usaha itu yang lebih utama. Tanpa usaha tiada hasil. Mulai sekarang ubahlah apa yang kita lihat. Lihat dan hargailah usaha, walau hasilnya tidak seberapa.





"Jika kita berupaya sekuat tenaga menemukan sesuatu, dan pada titik akhir upaya itu hasilnya masih kosong, maka sebenarnya kita telah menemukan apa yang kita cari dalam diri kita sendiri, yakni kenyataan, kenyataan yang harus dihadapi, sepahit apa pun keadaannya."

Tuesday, January 4, 2011

"PROJEK CENDAWAN KAB"


Salam sayang buat semua!!!!

Arini Bakti nak bercerita tentang kegigihan rakan2 kita yang sedang giat mengusahakan Projek Cendawan di KAB kita yang tercinta nih!

Projek Cendawan ni dimulakan oleh Batch ambilan Julai sesi 2010/2011 sebagai perintis pertama yang diterajui sendiri oleh ayahanda tercinta iaitu Encik Zulkifli bin Mamat.
Projek ini dikendalikan sepenuhnya oleh beberapa orang pelajar KAB yang terpilih oleh EXCO Kebajikan & Kemasyarakatan, berdasarkan beberapa kriteria2 yang tertentu.. Modal permulaan untuk projek ini adalah sepenuhnya dari pihak kolej dan segala keuntungan adalah hak milik sepenuhnya pelajar2 tersebut.
Projek ini adalah bertujuan bagi membantu penghuni KAB yang BENAR2 berminat & memerlukan bantuan kerana projek ini memerlukan 200% komitmen sepenuhnya! Bukan hangat2 taik ayam k!





 Rumah cendawan....[lokasi dirahsiakan]







Rak2 cendawan yg dah siap....ready utk masukkan bantal cendawan!






Rak2 cendawan...



*Bakti sgt berbangga dgn kesungguhan&kegigihan rakan2 kita dlm menjayakn projek ini. Semoga rakan2 terus berjaya&tidak mudah putus asa! Chaiyok3!

q(^_^)p

:SKUAD BAKTI KAB:

:SKUAD BAKTI KAB:
Skuad Bakti KAB merupakan sebuah unit yang ditubuhkan dibawah Exco Kebajikan dan kemasyarakatan KAB sesi 2010/2011 pada 31 Julai 2010.Skuad Bakti berperanan untuk menjaga kebajikan Pelajar Kolej Aminuddin Baki sekaligus menerapkan Budaya Prihatin sesama Penghuni.Kami amat mementingkan kebajikan anggota.Moto kami "Kebajikan untuk semua Sayangi KAB!"

::Zon Muzik Bakti::