PENGUMUMAN BAKTI!!

Followers

Tuesday, December 28, 2010

kawan@sahabat.....

Pensil : Maafkan aku, pemadam.
Pemadam : Kenapa, pensil? Kamu tidak berbuat salah padaku.
Pensil : Maafkan aku kerana telah menyakitimu, pemadam. Bila saja aku terbuat silap, kau selalu ada untuk memadamkan. Sedang kesilapan aku hilang, kamu hilang sebahagian dirimu, pemadam. Semakin kecil dan kecil.
Pemadam : Ya, tidak mengapa, pensil. Kamu tahu, memang itu tujuan hidupku, untuk membantumu ketika kamu memerlukan aku. Dan aku tahu, suatu masa nanti aku akan pergi. Ketika itu kamu akan mendapat teman baru. Usah risau, pensil. 






 pss: hargailah orang di sekeliling anda =)

Tuesday, December 21, 2010

Jom Berkenalan


JOM KITA SAMA-SAMA JOIN SEGMEN JOM BERKENALAN ANJURAN BLOG CATATAN LOQMAN HAKIM

Monday, December 13, 2010

Thursday, December 2, 2010

KUTIPAN DERMA RUMAH KERUMAH~

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Minggu ni skuad bakti dan JMK KAB akan mengadakan kutipan derma rumah kerumah bg setiap blog..Derma ini bertujuan untuk meringankan beban 2 orang pelajar KAB yang kemalangan pada 25 November yang lalu..diharap para pelajar dapat derma seikhlas hati..Tiada paksaan k..Surat kebenaran untuk kutipan derma telah disediakan EXCO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN KAB dan mendapat persetujuan Tuan Pengetua...

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Exco Kebajikan..Mardhiah dan Loqman..sekian~

Wednesday, November 17, 2010

UMUM| Salam Aidil Adha

Salam Bakti buat semua..
Di kesempatan ini Bakti ingin mengucapkan Salam Aidil Adha Kepada semua penganut Agama Islam di seluruh Dunia.Semoga Kita dapat bersama-sama menghayati erti sebuah pengorbanan~


INGATAN TULUS IKHLAS DARI:
EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN KAB 2010/2011

::Ulasan Bakti::

Salam Bakti kepada semua..
Lama bakti tak post kat blog ni kan..mungkin ada yang rindu..Bakti pon sangat rindukan kamu semua...

Bakti terbaca Ulasan pengunjung setia bLog ni Saudari Aiza[Akmal]..Lama kan Bakti tak Anjurkan Aktiviti..Semua da rindu ya..heheh.. Baiklah untuk pengetahuan Semua Warga KAB..Setiap EXCO JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ HANYA DIBERIKAN 4 PROGRAM SETAHUN UNTUK DIANJURKAN...

Oleh itu Bakti mengambil inisiatif membahagikan 2 program sesi 1 dan 2 program sesi 2 pengajian..Allhamdulillah sesi 1 Bakti telah berjaya menganjurkan 2 program peringkat kolej Iatu Hari Kebajikan KAB dan Masih ada yang sayang..Kedua - dua program ini berjalan dengan lancarnya..TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA KAB DAN SKUAD BAKTI YANG MEMBANTU~

Oleh kerana Program Bakti tamat pada bulan Ramadhan untuk sesi ini maka Exco kebajikan banyak berkhidmat untuk exco lain yang belum menjalankan program.Kami amat menerapkan kerjasama erat antara JMK..Semua akan berusaha gigih membantu menjayakan program sahabat-sahabat JMK lain..

Untuk pengetahuan semua..Sem depan Bakti akan menganjurkan Program besar.InsyaAllah jika tiada aral melintang Bakti akan menganjurkan Operasi Kebajikan Kemasyarakatan(OPKIM) di rumah anak yatim terpilih.Program sem depan kita akan tumpukan membuat Khidmat masyarakat.Sama2 doakan paperwork Bakti Lulus dan mendapat dana untuk menjalankan program k..

Kepada Unit Skuad Bakti..sem depan kita akan menggegarkan KAB dengan aktiviti unit dari semasa kesemasa..Bakti harap Unit SKUAD BAKTI mengaktifkan diri untuk bersama-sama menjayakan setiap program exco khasnya dan program JMK amnya..

KEBAJIKAN UNTUK SEMUA.SAYANGI KAB!!

Oleh:Mohd Loqmanul Hakim
Exco Kebajikan & Kemasyarakatn KAB

Friday, October 8, 2010

::INFO KESIHATAN BAKTI:KERACUNAN MAKANAN::

Salam bakti..Oleh kerana isu keracunan makanan semakin menjadi-jadi di KAB. Maka Bakti ingin berkongsi Maklumat mengenai Keracunan makanan. Semoga bermanfaat untuk kesihatan kita bersama. Kebajikan untuk semua.SAYANGI KAB:
KERACUNAN MAKANAN
1)Apakah Keracunan Makanan?
>Keadaan di mana seseorang itu mengalami:
• Loya dan muntah
• Memulas dan sakit perut
• Cirit-birit
• Kadangkala demam dan kesejukan

2)Bilakah Gejala-Gejala Ini Timbul ?Biasanya gejala-gejala ini timbul beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar (beracun) atau beberapa hari kemudiannya.

3)Gejala yang dialami berbeza dari seseorang ke seorang yang lain bergantung kepada
• Ketahanan seseorang
• Jenis racun
• Jumlah racun yang termakan
• Umur seseorang

4)Apakah Punca Keracunan Makanan?
>Punca utama ialah makan makanan yang:
• Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengah jenis kulat, cendawan, makanan laut ("shell-fish") dan sebagainya.
• Tercemar oleh kuman yang merbahaya
• Tercemar oleh bahan-bahan kimia
• Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainya

5)Bagaimana Cara Jangkitan?
• Penjaja/penjual tidak menghirau kebersihan diri dan juga kebersihan gerainya
• Penjaja/penjual tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan makanan
• Menjamah makanan dengan tangan yang kotor
• Penjaja/penjual mendedahkan makanan kepada lalat, habuk dan sebagainya
• Pengguna tidak peduli tentang kebersihan makanan yang dibeli

6)Bolehkah Masalah Ini Diatasi?
>Masalah ini boleh diatasi jika kita semua sebagai pengguna, menuntut hak-hak kita untuk
• Memilih makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan
• Menjauhi gerai-gerai yang kotor dan tidak mengikut peraturan kebersihan
• Mendapatkan sokongan dan kerjasama kawan dan saudara mara supaya menjauhi dari membeli makanan dari gerai yang kotor
• Menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan
• Melaporkan penjaja/peniaga yang kotor kepada Pejabat Kesihatan/Majlis Bandaran


• Patuhi amalan-amalan yang baik untuk mencegah keracunan makanan seperti :
􀂃 Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan menyentuh makanan
􀂃 Jangan ambil makanan dengan tangan. Gunakanlah penceduk, garpu, sudu atau penyepit yang bersih
􀂃 Gunakanlah alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan. Jangan gunakan alat-alat yang sama bagi makanan mentah dan yang dimasak
􀂃 Simpan atau tudung makanan supaya terlindung dari lalat, serangga dan habuk
􀂃 Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam, sayur dan susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan. Jika tidak mempunyai peti sejuk, sebaik-baiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja.

JIKA TERJADI KERACUNAN MAKANAN KEPADA ANDA ATAU KELUARGA ANDA
• Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
• Simpan makanan yang disyaki menyebabkan keracunan, supaya pihak kakitangan kesihatan dapat membuat kajian selanjutnya.
• Pastikan orang lain tidak makan makanan tersebut
• Laporkan semua kejadian keracunan di Pejabat Kesihatan atau Pusat Kesihatan yang berhampiran dengan segera.

Jangan lupa telefon exco kebajikan dan kemasyarakatan KAB YA!
Loqman & mardhiah

Monday, October 4, 2010

::Taburkan jasa suluhkan harapan::

Dalam meniti kehidupan yang penuh onak duri ini..bakti nasihatkan kepada semua penghuni KAB khususnya dan Graduan UPSI amnya agar sentiasa selitkan dalam jiwa bahawa tugas mendidik adalah tanggungjawab besar dan tidak boleh dipandang enteng.Dewasa ini pelbagai permasalaha sosial dalam kalangan pelajar semakin  membimbangkan.Justeru itu, sebelum menjejakkan kaki ke sekolah kita harus memikirkan kaedah yang terbaik untuk menangani masalah pelajar yang kian berleluasa.

Sebakai bakal guru.tugas kita bukan hanya sekadar taburkan jasa dalam bentuk ilmu dalam jiwa pelajar..tetapi kita perlu suluhkan harapan agar pelajar yang kita lahirkan nanti bukan perosak bangsa tetapi pemimpin yang bekarisma.Bakti amat sedih melihat sikap masyarakat yang hanya menyerahkan 100% tugas mendidik kepada guru,apabila berlaku masalah terus guru menjadi tempat jari2 hantu ditungdingkan.Mari kita fikir sejenak ..apakah tugas masyarakat tidak penting?apa fungsi masyarakat jika bukan untuk membantu guru??Nah jawapan sudah terang lagi bersuluh..masyarakat perlu bangkit membawa gelombang bagi membawa harapan kepada pelajar untuk teruskan perjuangan.Jangan biarkan anak-anak yang terjebak dengan budaya negatif terus hanyut dibuai budaya hedonisme.

Tuntasnya,sebagai warga malaysia..tidak kira guru,ibu bapa mahupun masyarakat..tugas mendidik merupakan tugas bersama.Kita yang mencorakkan masa depan anak-anak malaysia yang merupakan modal insan perintis kegemilagan negara.Jangan kita sia-siakan masa depan mereka.Ayuh bangkitlah!Mari bersama kita kibarkan paji-panji kegemilangan negara dipersada peta dunia!


Wednesday, September 1, 2010

::SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA JMK KAB SESI 2010/2011 KEPADA SKUAD BAKTI DAN PENGHUNI KAB.SEMOGA SEMUANYA SELAMAT BALIK KAMPUNG.

Wednesday, August 25, 2010

::Skuad bakti Kab dijemput memeriahkan pertandingan anjuran Rakan Surau Al Falah!!!

Memo : Pertandingan mereka logo, berkarya dan daftar senarai blog .

Tarikh akhir penyerahan Rabu:25 ogos 2010
Karya boleh dihantar melalui : alfalahupsi@gmail.com
Skuad bakti dijemput ke majlis penutupan pada : 28 ogos 2010 bertempat disurau al falah!!
Jom kita datang ramai-ramai..sokong Program mereka!!

::Pada 28 ogos ni ada program ni..Jom kita memeriahkan majlis::

Thursday, August 19, 2010

::Candid sepanjang Pertandingan Indoor Game::

Semasa hari kebajikan yang lalu..Skuad bakti telah menganjurkan satu pertandingan indoor game dengan kerjasama Exco Sukan Dan rekreasi KAB..Pertandingan tersebut sangat meriah dan secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhwah antara peserta dan ajk pelaksana..










KEBAJIKAN UNTUK SEMUA, SAYANGI KAB!!

::Program Masih Ada Yang Sayang::

Assalamualaikum dan salam Ramadhan..
Pada 14 ogos lalu selesailah program Kedua Exco kebajikan dan kemasyarakatan KAB sesi 2010/2011.Program Masih ada yang sayang merupakan sebuah program yang dirangka untuk meraikan anak-anak yatim yang terdiri dalam kalangan penghuni kolej sendiri.Program berlansung dalam keadaan hujan lebat.Maka terdapat peserta yang tidak dapat hadir.Menurut seorang peserta saudari Nurfaraihan,program ini sedikit sebanyak dapat memberi peluang untuk penghuni yang kurang bernasib baik mendapatkan maklumat mengenai badan yang bertanggungjawab jika berlaku masalah kelak.

Program ini telah dirasmikan Oleh Ustaz Rosli yang Mewakili Tuan Pengetua yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain.Ustaz Rosli juga mengulas beberapa hadis mengenai kepentingan meraikan anak yatim dalam perspektif islam.Menurut pengarah program pula, saudara Mohd Loqmanul Hakim program seumpama ini amat berguna untuk meraikan anak yatim KAB agar mereka tidak rasa disisihkan selain memperolehi maklumat mengenai beberapa perkara penting ketika mengalami masalah kelak.Borang khairat kematian juga telah diedarkan kepada mereka yang memerlukan.Allhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun berlaku beberapa masalah .Terima kasih diucapkan kepada semua ajk pelaksana yang terdiri daripada JMK KAB dan ahli Skuad Bakti.Semoga banyak lagi program dapat dijalankan dibawah Skuad Bakti!!










Tuesday, August 17, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DYTM RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN DAN WARGA UPSI

Tarikh : 17 Ogos 2010 bersamaan 7 Ramadhan 1431H

Masa : 5.30 petang - 10.45 malam

Lokasi : Surau Al-Falah, Kampus Proton City


TENTATIF:

5.30 petang : Forum bertajuk "Islam Dalam Konteks Globalisasi dan Peradaban Baru Dunia : Cabaran Terhadap Ummah"


6.30 petang : Nyanyian Nasyid oleh Kumpulan Minhaj UPSI

Qasidah oleh Puan Nerosti Adnan dan Pelajar Persatuan Pendidikan Islam UPSI

7.00 petang : Zikrullah

7.15 petang : Keberangkatan tiba DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah

7.25 petang : Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Cik Normalina Alias

7.28 petang : Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib Berjemaah, Jamuan Berbuka Puasa

8.39 malam : Solat Isyak Berjemaah, Solat Sunat Tarawih dan DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah menyampaikan Infak Ramadhan serta Jamuan Ringan

10.45 malam : Keberangkatan Pulang DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan

@Semua warga UPSI yang beragama islam adalah dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan majlis ini.
SKUAD BAKTI KAB MENJEMPUT SEMUA UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS

..sumber adalah daripada My Portal..

Saturday, August 14, 2010

::Program Masih Ada yang Sayang::

Assalamualaikum dan Salam Bakti..
Pada 14 ogos 2010 ..Exco kebajikan dan Kemasyarakatan KAB akan menganjurkan satu program MASIH ADA YANG SAYANG bertema Ramadhan Barakah Rezeki Dikongsi Bersama..Oleh itu Skuad Bakti menjemput Penghuni Kab yang telah kehilangan ibu/bapa atau kedua-duanya sekali untuk turut serta dalam majlis tersebut.Kami amat mengharapkan anda supaya hadir bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 14 Ogos 2010 ( Sabtu)
Masa:5.30 petang
Tempat:Foyer JMK KAB
Atucara:Bacaan yasin dan Majlis Berbuka Puasa
#Borang khairat kematian juga akan diedarkan.

 

pss:JMK dan RE KAB dijemput memeriahkan majlis.

Kebajikan untuk semua sayangi KAB!!!

Thursday, August 12, 2010

::Salam Ramadhan Daripada Skuad Bakti KAB::

Assalamualaikum dan salam bakti...
Skuad Bakti Kab Mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua penghuni kolej Aminuddin Baki yang beragama islam.Semoga Ibadah Puasa tahun ini lebih bermakna.

Kebajikan Untuk Semua Sayangi KAB

Saturday, August 7, 2010

Hari Kebajikan KAB meriah!!!

Salam bakti semua..
Pada 31 Julai yang lalu Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan KAB telah menganjurkan program Hari Kebajikan KAB..Program ini mensasarkan penyertaan seramai 100 orng iaitu wakil 20 orang setiap blok..Apa yang penting Program ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan....Pengarah program saudara Mohd Loqmanul Hakim Menyifatkan bahawa program ini adalah medium untuk melatih Skuad Bakti Kab menjadi Jawatankuasa pelaksana dalam apa sahaja program kelak..Tahniah diucapkan kepada semua AJK pelaksana dan skuad bakti kab yang memberikan komitmen untuk menjayakan program ini..Penutupan Hari Kebajikan KAB telah dirasmikan Pengetua Kolej Aminuddin Baki, iaitu En Zulkifli B Mamat..Tuan Pengetua menyambut baik program Hari Kebajikan kerana merupakan program yang pertama kali diadakan..Malahan Tuan Pengetua juga mencadangkan Basuhan Amal dilaksanakan setiap minggu..Tahniah dan Syabas diucapkan!!








"Kebajikan Untuk Semua, Sayangi KAB!"

Friday, July 30, 2010

::SEMUA DIJEMPUT MEMERIAHKAN HARI KEBAJIKAN KAB 2010!!!

Salam Bakti semua...
Esok akan bermulalah program bersama skuad bakti kab, exco kebajikan dan kemasyarakatan sesi 2010/2011..Tentatif program adalah seperti berikut:

TARIKH
MASA
AGENDA
31 Julai 2010






















1 ogos 2010
11.00 pagi-1.00 petang        




1.00 petang-2.00 petang




2.00 petang-4.00  petang    




5.00 petang -6.30 petang



2.00-4.00 petang
Slot 1:Operasi Kebajikan Sekitar Kolej
*Membersihkan surau
*Mengutip sampah sekitar kolej
*Basuhan Amal



Solat zohor dan Kebajikan Diri




Slot 2:LDK bersama Skuad Bakti
*Memberi info berguna kepada penghuni
*Menjalankan aktiviti-aktiviti interaktif antara penghuni dan Skuad Bakti



Slot 3:Indoor Game
*Karom
*Congkak
*Ping pong



Majlis Penutupan Hari Kebajikan KAB 
*Penyampaian Hadiah kepada pemenang



#stiker akan diberikan
#makanan percuma disediakan
Tema:Kebajikan Untuk Semua, Sayangi KAB!!

Monday, July 26, 2010

::Design Baju untuk Skuad Bakti::

Salam bakti semua..
Rasanya semua ahli Skuad Bakti tak sabar2 untuk tengok design baju skuad bakti..Terima kasih kepada Saudara Amir merangkap Exco Pdi Kab yang bertungkus lumus menyiapkan design baju ni...Sebarang komen untuk penambahbaikan baju  dialu-alukan sebelum ditempah k..



::tadaaa..design baju untuk Skuad Bakti KAB..Sebarang komen amat dialu-alukan::

Friday, July 23, 2010

::Skuad Bakti KAB mendapat sambutan::

Salam bakti semua..

Allhamdulillah setelah diperkenalkan skuad bakti iaitu unit baru dibawah Exco Kebajikan Dan Kemasyarakatan, unit ini mendapat sambutan daripada para penghuni KAB terutamanya pelajar sem 1...setakat ini jumlah ahli yang berdaftar ialah seramai 79 orang...pada mulanya kami hanya mensasarkan 40 orang...tetapi memandangkan mendapat sambutan maka keahlian ditambah lagi..


Perjumpaan pertama telah dilakukan pada 21 julai 2010 yang dikendalikan oleh ketua unit iaitu saudara casey dibantu Rakan Exco firdaus dan fatiha anis...semuanya berjalan lancar..Harapan semoga skuad Bakti KAB dapat terus memberikan komitmen untuk kebajikan semua penghuni KAB!


Kebajikan Untuk Semua.Sayangi KAB!!!


Saturday, July 17, 2010

::Penubuhan Skuad Bakti Kab::

Assalamualaikum dan salam bakti buat semua..
Pada sesi ini Exco Kebajikan Dan Kemasyarakatan KAB akan menubuhkan sebuah unit yang dinamakan Skuad Bakti KAB..Tujuan Skuad Bakti ditubuhkan adalah untuk menjadi pengantara antara penghuni kolej dengan pihak Exco kebajikan serta pengurusan..Buat masa ini kami mensasarkan seramai 60 orang ahli untuk menganggotai Skuad ini..Kami amat mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat..sambil kita belajar sambil kita berbakti!!Kebajikan untuk semua Sayangi KAB...

Saturday, June 5, 2010

::Fasiliti Yang Ada di KAB::

Assalamualaikum dan salam sejahtera..kepada penghuni KAB..ruangan kali ni Bakti nak kongsi dengan anda semua tentang fasiliti yang ada di KAB..Kita patut bersyukur kerana banyak fasiliti yang tersedia untuk kegunaan kita..segala kekurangan dan yang memerlukan penambahbaikan sila usulkan agar dapat diperbaiki...

Antara fasiliti yang terdapat di KAB:
1)bilik Tv dan bilik bacaan
2)mesin basuh(kering dan basah)
3)ruangan parking motor dan kereta
4)kemudahan wifi(upsi jaring)
5)cafetaria(harga berpatutan)
6)basikal
7)hostel yang sangat selesa(harga berpatutan)
8)bilik jaming
9)bilik komputer
10)surau AL-Falah
Banyak lagi..Anda sangat beruntung menjadi penghuni KAB..Kebajikan untuk semua , sayangi KAB!!

Monday, May 10, 2010

::kutipan derma tabung bantuan kemboja::


Assalamualaikum dan salam kebajikan buat semua..
Baru-baru ini Exco Kebajikan KAB telah melancarkan Kutipan Derma bagi Tabung Bantuan Kemboja yang akan disalurkan oleh MPP UPSI..Selama seminggu kutipan berlangsung, kami mendapat perhatian penghuni kolej untuk turut menderma..Antara kawasan yang kami letakkan tabung untuk kutipan ialah di setiap blok..foyer jmk dan surau...Dikesempatan ini kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi menderma...Untuk pengetahuan semua jumlah yang berjaya dikumpul oleh kami ialah sebanyak RM106..Wang tersebut telah diserahkan kepada wakil MPP: saudari Fatimah Bt Kilat..Kebajikan untuk semua. sayangi KAB.


:SKUAD BAKTI KAB:

:SKUAD BAKTI KAB:
Skuad Bakti KAB merupakan sebuah unit yang ditubuhkan dibawah Exco Kebajikan dan kemasyarakatan KAB sesi 2010/2011 pada 31 Julai 2010.Skuad Bakti berperanan untuk menjaga kebajikan Pelajar Kolej Aminuddin Baki sekaligus menerapkan Budaya Prihatin sesama Penghuni.Kami amat mementingkan kebajikan anggota.Moto kami "Kebajikan untuk semua Sayangi KAB!"

::Zon Muzik Bakti::