PENGUMUMAN BAKTI!!

Followers

Friday, October 8, 2010

::INFO KESIHATAN BAKTI:KERACUNAN MAKANAN::

Salam bakti..Oleh kerana isu keracunan makanan semakin menjadi-jadi di KAB. Maka Bakti ingin berkongsi Maklumat mengenai Keracunan makanan. Semoga bermanfaat untuk kesihatan kita bersama. Kebajikan untuk semua.SAYANGI KAB:
KERACUNAN MAKANAN
1)Apakah Keracunan Makanan?
>Keadaan di mana seseorang itu mengalami:
• Loya dan muntah
• Memulas dan sakit perut
• Cirit-birit
• Kadangkala demam dan kesejukan

2)Bilakah Gejala-Gejala Ini Timbul ?Biasanya gejala-gejala ini timbul beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar (beracun) atau beberapa hari kemudiannya.

3)Gejala yang dialami berbeza dari seseorang ke seorang yang lain bergantung kepada
• Ketahanan seseorang
• Jenis racun
• Jumlah racun yang termakan
• Umur seseorang

4)Apakah Punca Keracunan Makanan?
>Punca utama ialah makan makanan yang:
• Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengah jenis kulat, cendawan, makanan laut ("shell-fish") dan sebagainya.
• Tercemar oleh kuman yang merbahaya
• Tercemar oleh bahan-bahan kimia
• Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainya

5)Bagaimana Cara Jangkitan?
• Penjaja/penjual tidak menghirau kebersihan diri dan juga kebersihan gerainya
• Penjaja/penjual tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan makanan
• Menjamah makanan dengan tangan yang kotor
• Penjaja/penjual mendedahkan makanan kepada lalat, habuk dan sebagainya
• Pengguna tidak peduli tentang kebersihan makanan yang dibeli

6)Bolehkah Masalah Ini Diatasi?
>Masalah ini boleh diatasi jika kita semua sebagai pengguna, menuntut hak-hak kita untuk
• Memilih makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan
• Menjauhi gerai-gerai yang kotor dan tidak mengikut peraturan kebersihan
• Mendapatkan sokongan dan kerjasama kawan dan saudara mara supaya menjauhi dari membeli makanan dari gerai yang kotor
• Menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan
• Melaporkan penjaja/peniaga yang kotor kepada Pejabat Kesihatan/Majlis Bandaran


• Patuhi amalan-amalan yang baik untuk mencegah keracunan makanan seperti :
􀂃 Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan menyentuh makanan
􀂃 Jangan ambil makanan dengan tangan. Gunakanlah penceduk, garpu, sudu atau penyepit yang bersih
􀂃 Gunakanlah alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan. Jangan gunakan alat-alat yang sama bagi makanan mentah dan yang dimasak
􀂃 Simpan atau tudung makanan supaya terlindung dari lalat, serangga dan habuk
􀂃 Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam, sayur dan susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan. Jika tidak mempunyai peti sejuk, sebaik-baiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja.

JIKA TERJADI KERACUNAN MAKANAN KEPADA ANDA ATAU KELUARGA ANDA
• Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
• Simpan makanan yang disyaki menyebabkan keracunan, supaya pihak kakitangan kesihatan dapat membuat kajian selanjutnya.
• Pastikan orang lain tidak makan makanan tersebut
• Laporkan semua kejadian keracunan di Pejabat Kesihatan atau Pusat Kesihatan yang berhampiran dengan segera.

Jangan lupa telefon exco kebajikan dan kemasyarakatan KAB YA!
Loqman & mardhiah

1 comment:

SKUAD BAKTI KAB said...

Bakti sayang sama kab!!!

:SKUAD BAKTI KAB:

:SKUAD BAKTI KAB:
Skuad Bakti KAB merupakan sebuah unit yang ditubuhkan dibawah Exco Kebajikan dan kemasyarakatan KAB sesi 2010/2011 pada 31 Julai 2010.Skuad Bakti berperanan untuk menjaga kebajikan Pelajar Kolej Aminuddin Baki sekaligus menerapkan Budaya Prihatin sesama Penghuni.Kami amat mementingkan kebajikan anggota.Moto kami "Kebajikan untuk semua Sayangi KAB!"

::Zon Muzik Bakti::