PENGUMUMAN BAKTI!!

Followers

Monday, October 4, 2010

::Taburkan jasa suluhkan harapan::

Dalam meniti kehidupan yang penuh onak duri ini..bakti nasihatkan kepada semua penghuni KAB khususnya dan Graduan UPSI amnya agar sentiasa selitkan dalam jiwa bahawa tugas mendidik adalah tanggungjawab besar dan tidak boleh dipandang enteng.Dewasa ini pelbagai permasalaha sosial dalam kalangan pelajar semakin  membimbangkan.Justeru itu, sebelum menjejakkan kaki ke sekolah kita harus memikirkan kaedah yang terbaik untuk menangani masalah pelajar yang kian berleluasa.

Sebakai bakal guru.tugas kita bukan hanya sekadar taburkan jasa dalam bentuk ilmu dalam jiwa pelajar..tetapi kita perlu suluhkan harapan agar pelajar yang kita lahirkan nanti bukan perosak bangsa tetapi pemimpin yang bekarisma.Bakti amat sedih melihat sikap masyarakat yang hanya menyerahkan 100% tugas mendidik kepada guru,apabila berlaku masalah terus guru menjadi tempat jari2 hantu ditungdingkan.Mari kita fikir sejenak ..apakah tugas masyarakat tidak penting?apa fungsi masyarakat jika bukan untuk membantu guru??Nah jawapan sudah terang lagi bersuluh..masyarakat perlu bangkit membawa gelombang bagi membawa harapan kepada pelajar untuk teruskan perjuangan.Jangan biarkan anak-anak yang terjebak dengan budaya negatif terus hanyut dibuai budaya hedonisme.

Tuntasnya,sebagai warga malaysia..tidak kira guru,ibu bapa mahupun masyarakat..tugas mendidik merupakan tugas bersama.Kita yang mencorakkan masa depan anak-anak malaysia yang merupakan modal insan perintis kegemilagan negara.Jangan kita sia-siakan masa depan mereka.Ayuh bangkitlah!Mari bersama kita kibarkan paji-panji kegemilangan negara dipersada peta dunia!


No comments:

:SKUAD BAKTI KAB:

:SKUAD BAKTI KAB:
Skuad Bakti KAB merupakan sebuah unit yang ditubuhkan dibawah Exco Kebajikan dan kemasyarakatan KAB sesi 2010/2011 pada 31 Julai 2010.Skuad Bakti berperanan untuk menjaga kebajikan Pelajar Kolej Aminuddin Baki sekaligus menerapkan Budaya Prihatin sesama Penghuni.Kami amat mementingkan kebajikan anggota.Moto kami "Kebajikan untuk semua Sayangi KAB!"

::Zon Muzik Bakti::