PENGUMUMAN BAKTI!!

Followers

Wednesday, August 25, 2010

::Skuad bakti Kab dijemput memeriahkan pertandingan anjuran Rakan Surau Al Falah!!!

Memo : Pertandingan mereka logo, berkarya dan daftar senarai blog .

Tarikh akhir penyerahan Rabu:25 ogos 2010
Karya boleh dihantar melalui : alfalahupsi@gmail.com
Skuad bakti dijemput ke majlis penutupan pada : 28 ogos 2010 bertempat disurau al falah!!
Jom kita datang ramai-ramai..sokong Program mereka!!

::Pada 28 ogos ni ada program ni..Jom kita memeriahkan majlis::

Thursday, August 19, 2010

::Candid sepanjang Pertandingan Indoor Game::

Semasa hari kebajikan yang lalu..Skuad bakti telah menganjurkan satu pertandingan indoor game dengan kerjasama Exco Sukan Dan rekreasi KAB..Pertandingan tersebut sangat meriah dan secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhwah antara peserta dan ajk pelaksana..










KEBAJIKAN UNTUK SEMUA, SAYANGI KAB!!

::Program Masih Ada Yang Sayang::

Assalamualaikum dan salam Ramadhan..
Pada 14 ogos lalu selesailah program Kedua Exco kebajikan dan kemasyarakatan KAB sesi 2010/2011.Program Masih ada yang sayang merupakan sebuah program yang dirangka untuk meraikan anak-anak yatim yang terdiri dalam kalangan penghuni kolej sendiri.Program berlansung dalam keadaan hujan lebat.Maka terdapat peserta yang tidak dapat hadir.Menurut seorang peserta saudari Nurfaraihan,program ini sedikit sebanyak dapat memberi peluang untuk penghuni yang kurang bernasib baik mendapatkan maklumat mengenai badan yang bertanggungjawab jika berlaku masalah kelak.

Program ini telah dirasmikan Oleh Ustaz Rosli yang Mewakili Tuan Pengetua yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain.Ustaz Rosli juga mengulas beberapa hadis mengenai kepentingan meraikan anak yatim dalam perspektif islam.Menurut pengarah program pula, saudara Mohd Loqmanul Hakim program seumpama ini amat berguna untuk meraikan anak yatim KAB agar mereka tidak rasa disisihkan selain memperolehi maklumat mengenai beberapa perkara penting ketika mengalami masalah kelak.Borang khairat kematian juga telah diedarkan kepada mereka yang memerlukan.Allhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun berlaku beberapa masalah .Terima kasih diucapkan kepada semua ajk pelaksana yang terdiri daripada JMK KAB dan ahli Skuad Bakti.Semoga banyak lagi program dapat dijalankan dibawah Skuad Bakti!!










Tuesday, August 17, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DYTM RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN DAN WARGA UPSI

Tarikh : 17 Ogos 2010 bersamaan 7 Ramadhan 1431H

Masa : 5.30 petang - 10.45 malam

Lokasi : Surau Al-Falah, Kampus Proton City


TENTATIF:

5.30 petang : Forum bertajuk "Islam Dalam Konteks Globalisasi dan Peradaban Baru Dunia : Cabaran Terhadap Ummah"


6.30 petang : Nyanyian Nasyid oleh Kumpulan Minhaj UPSI

Qasidah oleh Puan Nerosti Adnan dan Pelajar Persatuan Pendidikan Islam UPSI

7.00 petang : Zikrullah

7.15 petang : Keberangkatan tiba DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah

7.25 petang : Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Cik Normalina Alias

7.28 petang : Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib Berjemaah, Jamuan Berbuka Puasa

8.39 malam : Solat Isyak Berjemaah, Solat Sunat Tarawih dan DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah menyampaikan Infak Ramadhan serta Jamuan Ringan

10.45 malam : Keberangkatan Pulang DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan

@Semua warga UPSI yang beragama islam adalah dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan majlis ini.
SKUAD BAKTI KAB MENJEMPUT SEMUA UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS

..sumber adalah daripada My Portal..

Saturday, August 14, 2010

::Program Masih Ada yang Sayang::

Assalamualaikum dan Salam Bakti..
Pada 14 ogos 2010 ..Exco kebajikan dan Kemasyarakatan KAB akan menganjurkan satu program MASIH ADA YANG SAYANG bertema Ramadhan Barakah Rezeki Dikongsi Bersama..Oleh itu Skuad Bakti menjemput Penghuni Kab yang telah kehilangan ibu/bapa atau kedua-duanya sekali untuk turut serta dalam majlis tersebut.Kami amat mengharapkan anda supaya hadir bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 14 Ogos 2010 ( Sabtu)
Masa:5.30 petang
Tempat:Foyer JMK KAB
Atucara:Bacaan yasin dan Majlis Berbuka Puasa
#Borang khairat kematian juga akan diedarkan.

 

pss:JMK dan RE KAB dijemput memeriahkan majlis.

Kebajikan untuk semua sayangi KAB!!!

Thursday, August 12, 2010

::Salam Ramadhan Daripada Skuad Bakti KAB::

Assalamualaikum dan salam bakti...
Skuad Bakti Kab Mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua penghuni kolej Aminuddin Baki yang beragama islam.Semoga Ibadah Puasa tahun ini lebih bermakna.

Kebajikan Untuk Semua Sayangi KAB

Saturday, August 7, 2010

Hari Kebajikan KAB meriah!!!

Salam bakti semua..
Pada 31 Julai yang lalu Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan KAB telah menganjurkan program Hari Kebajikan KAB..Program ini mensasarkan penyertaan seramai 100 orng iaitu wakil 20 orang setiap blok..Apa yang penting Program ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan....Pengarah program saudara Mohd Loqmanul Hakim Menyifatkan bahawa program ini adalah medium untuk melatih Skuad Bakti Kab menjadi Jawatankuasa pelaksana dalam apa sahaja program kelak..Tahniah diucapkan kepada semua AJK pelaksana dan skuad bakti kab yang memberikan komitmen untuk menjayakan program ini..Penutupan Hari Kebajikan KAB telah dirasmikan Pengetua Kolej Aminuddin Baki, iaitu En Zulkifli B Mamat..Tuan Pengetua menyambut baik program Hari Kebajikan kerana merupakan program yang pertama kali diadakan..Malahan Tuan Pengetua juga mencadangkan Basuhan Amal dilaksanakan setiap minggu..Tahniah dan Syabas diucapkan!!








"Kebajikan Untuk Semua, Sayangi KAB!"

:SKUAD BAKTI KAB:

:SKUAD BAKTI KAB:
Skuad Bakti KAB merupakan sebuah unit yang ditubuhkan dibawah Exco Kebajikan dan kemasyarakatan KAB sesi 2010/2011 pada 31 Julai 2010.Skuad Bakti berperanan untuk menjaga kebajikan Pelajar Kolej Aminuddin Baki sekaligus menerapkan Budaya Prihatin sesama Penghuni.Kami amat mementingkan kebajikan anggota.Moto kami "Kebajikan untuk semua Sayangi KAB!"

::Zon Muzik Bakti::