PENGUMUMAN BAKTI!!

Followers

Tuesday, March 29, 2011

JALINAN KASIH SUBURKAN HARAPAN(JASA), RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN BAIT AL-AMIN..SATU PERMULAAN~

Pada 26-27/3/2011 yg lalu..Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan KAB sesi 2010/2011 telah mengadakan Program Jalinan Kasih Suburkan harapan(JASA) di Rumah anak-anak yatim/miskin Bait Al-Amin Kampung tengah Perak. Program yang berlangsung selama 2 hari itu bertujuan untuk membawa Skuad Bakti KAB dan ajk pelaksana mendampingi kehidupan sebenar insan yang kurang bernasib baik. Disamping itu dapat membina tautan kasih sayang dan memberi harapan untuk anak-anak yang dambakan kasih sayang keluarga tercinta.

 Setibanya kami disana,disambut dengan riang oleh anak-anak dan pengurus Rumah Bait Al -Amin, En Rozelan Zamzuri. Sepanjang 2 hari disana kami bersama-sama menyiapkan hidangan dengan memasak sendiri. Keadaan ini lebih menimbulkan suasana kekeluargaan dan harmoni sesama insan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah LDK,slot Motivasi,sukaneka,gotong royong ,tanam pokok dan sebagainya."Anak-anak Bait Al-Amin perlu diberi kasih sayang" itulah pesanan pengarah program, saudari Siti Mardhiah Bt Mansor kepada semua ajk Jasa. Apa yang penting masa yang ada ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk bersama mereka.

Akhir kalam,semoga anak-anak Bait Al-Amin akan terus tabah menghadapi ujian Allah. Bersyukurlah kerana masih diberi nikmat iman dan kehidupan untuk terus bernafas dibumi tempat persinggahan sementara ini.Yang telah pergi meninggalkan dunia, Allah lebih sayangkan mereka.Sesungguhnya setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.Yakinlah dengan ketentuanNYA.Sehingga kini sayu hati kami mendengar lagu daripada Anak-anak Bait Al-Amin yang sarat dengan perjalanan hidup yang penuh rintangan. Kami doakan kejayaan anak-anak Bait Al Amin. InsyaAllah.

Oleh:Mohd Loqmanul Hakim bin Kamaruldzaman
Exco kebajikan dan kemasyarakatan KAB sesi 2010/2011

KEBAJIKAN UNTUK SEMUA SAYANGI KAB!












Rona ungu sinaran kasih ..JASA sesama insan~
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AJK PELAKSANA JASA!

Friday, March 11, 2011

KUTIPAN BARANG TERPAKAI UNTUK PROGRAM JaSa =)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA~

Perhatian kepada semua warga KOLEJ AMINUDDIN BAKI..Exco Kebajikan dan kemasyarakatan KAB akan mengadakan program JaSa iaitu program bersama anak Yatim di Kuala Pilah Negeri sembilan..Butiran Program adalah seperti berikut~

Tarikh:  25/3-27/3 2011
Tempat: Rumah anak-anak yatim/miskin Bait Al-Amin Kampung tengah Perak.
Ajk Pelaksana: JMK KAB
                        :SKUAD BAKTI

PESERTA: 5O Orang anak-anak yatim
Pengarah program: Saudari siti Mardhiah Mansor.

Oleh itu besarlah harapan kami agar warga KAB dapat memberikan sumbangan dalam bentuk derma kewangan mahupun barang-barang terpakai...Proses kutipan derma dan barangan terpakai akan berlangsung dalam masa 5 hari ..Segala kerjasama amat dihargai..hanya Allah sahaja mampu membalas budi kalian~

KEBAJIKAN UNTUK SEMUA SAYANGI KAB!
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI:
SAUDARA LOQMAN-013 531 6115
                    

Thursday, March 10, 2011

SENARAI NAMA SKUAD BAKTI YANG BERJAYA KE PROGRAM "JASA"

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

BERIKUT ADALAH NAMA SKUAD BAKTI YANG TERPILIH KE PROGRAM "JASA", EXCO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN KAB SESI 2010/2011...TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA YANG TERPILIH..YANG TIDAK TERPILIH TERUSKAN PERJUANGAN KERANA BANYAK LAGI PROGRAM AKAN DATANG...


1.      NOR SHAFIZA BT ABU BAKAR
2.      NORANIZA BT MOHD NOH
3.      NURUL NAJIHAH BT OMAR
4.      NURUL IZZATI BT ABDUL HAMID
5.      FATIHAH BT MOHD NOR
6.      ZAHIRAH BT SAMSUL BAHARI
7.      NOOR AZIRAH BT JIBRIL
8.      HAMIDAH AINUN RAVBEEK
9.      NURUL AMILIN BT JAMALULAH
10.  SITI FATIMAH BT YUSOF
11.  NOR AIZATUL AKMAL BT ZULKIFLI
12.  SITI NURSIAH BT JUNIN
13.  NUR SHAMIRAH BT MAHAZIL
14.  NURUL ABIBAH BT ABTTALB
15.  NUR ASYIDAH BT JAFFRI
16.  WAN NOR FARAH WAHEDA
17.  NAZILA BT MD HASSAN
18.  FAIZAH NOR BT RAHMAD
19.  NOR FARAHIN BT WAHID
20.  NOR FARHANA SYAKIRAH
21.  NOR AIZAH BT SABLI
22.  AHMAD AZHANIZAM
23.  KHAIRUL BARIAH ISMAIL
24.  NUR AINI ZULKEPLI
25.  NORMAH BT ALI

RAKAN EXCO :
1.      CASEY CAGE ANAK JOHN
2.      FATIHAH ANIS BINTI SARIFUDDIN
3.      MUHAMMAD FIRDAUS BIN MUSTAFA


013-6397968
019-6897276
013-5946157
013-2767545
013-7518751
013-6139448
014-8083826
017-5351569
017-3280597
017-9064453
013-2982946
013-5476158
014-7430178
014-5129033
017-7188545
017-2747205
019-4986704
019-4116593
014-5901369
019-8477543
013-8419080
017-3235917
013-3308567
013-3314073


PERJUMPAAN PERTAMA AKAN DIADAKAN PADA MALAM NI PUKUL 10.00 DI FOYER JMK KAB UNTUK PEMBAHAGIANAJK.HARAP MAKLUM


Saturday, January 22, 2011

UJIAN DARAH DI KOLEJ AMINUDDIN BAKI~

Salam bakti buat semua..
Apa khabar anda semua..Bakti harap semuanya sihat sentiasa..maklumlah sekrang ni macam2 penyakit kan..owh ya..baru2 ni semasa taklimat bersama pengetua hari Khamis...semua warga blok D dan sebahagian warga Blok E Kolej Aminuddin Baki dikehendaki membuat ujian darah..kenapa??sebab pihak hospital ingin mengesan penyakit denggi..maklumlah penyakit ni senang menular kan..Jadi apa salahnya membuat pemeriksaan pada peringkat awal..kata orang Merawat Lebih Baik Mengubati...

Ada juga beberapa orang bertanyakan kepada bakti bilakah keputusan ujian akan keluar..macam menakutkan ja bunyinya kan..hehe..Bakti sempat bertanya pada pegawai yang terlibat malam tu..kata pegawai tersebut keputusan akan keluar dalam masa dua minggu.Hal ini kerana sampel darah terlalu banyak dan menagmbil masa untuk memeriksa satu persatu..sama2 kita doakan agar semuanya bebas dari penyakit..insyaAllah~

Haa..jom kita tengok situasi malam tu..jeng2...

Khusyuk tengok jari takut terpotong kan..heheh

haa..ada yang menagis ke??owh tetidor kot...

Emm..sama2 kita nantikan keputusannya...

KEBAJIKAN UNTUK SEMUA SAYANGI KAB!

Kisah Sebakul Air dan Al-Quran..

Selalu terjadi, kita merasakan usaha kita sia-sia. Penat kita berusaha tetapi langsung tiada hasil. Malas hendak buat perkara yang sama lagi kerana seakan tidak berbaloi. Begitu juga halnya dengan rutin membaca kita, iaitu membaca al-Quran.

Apa yang lebih mahal, usaha atau hasil ?
 
Amad dan Atuk

Seorang petani tua tinggal bersama cucunya di sebuah kawasan pedalaman. Rutin sesudah subuh sebelum bertani, Si Atuk akan membaca al-Quran di pangkin. Amad, cucu Si Atuk sentiasa memerhatikan gelagat atuknya, dan berusaha untuk merutinkan bacaannya seperti atuk.

Suatu hari Amad bertanya, "Atuk, Amad cuba untuk baca al-Quran setiap hari macam Atuk, tapi Amad selalu tidak faham. Bila faham sekali pun, Amad tetap akan lupa bila Amad tutup al-Quran. Apa ya kebaikan baca al-Quran, Atuk?"

Si Atuk menutup al-Quran dan tersenyum, faham benar dengan pertanyaan cucu tunggalnya itu. Tidak menjawab soalan Amad, sebaliknya Atuk menyuruh Amad berbuat sesuatu, "Amad ambil bakul arang di dapur. Pergi ke sungai dan bawa balik sebakul air untuk Atuk."

Amad hanya menurut, pergi ke sungai, mengisi air ke dalam bakul, dan berjalan balik ke rumah. Sebelum sampai ke rumah, air terkeluar melalui lubang-lubang bakul yang dibuat daripada rotan. Amad berpatah balik ke sungai sekali lagi.

Dari jauh  Si Atuk memerhatikan gelagat Amad sambil tertawa, lalu berteriak, "Amad perlu bergerak lebih laju, supaya sempat sampai di rumah!"

Kali ini Amad berlari lebih laju, tetapi hasilnya tetap sama, bakul tetap kosong sebelum sampai ke rumah. Tercungap-cungap keletihan, Amad fikir terlalu mustahil untuk membawa air menggunakan bakul, lalu dia mencapai baldi.
 
"Atuk tidak mahu air dari baldi, Atuk hanya mahu air dari bakul. Amad belum berusaha dengan bersungguh, Atuk tahu."
Lalu Amad mencapai bakul tadi dan segera ke sungai, dia ingin membuktikan kepada Atuknya yang dia telah berusaha bersungguh-sungguh. Malah semakin cepat Amad berlari, semakin cepat air keluar daripada bakul tersebut.
 
"Tengok Atuk, tidak berguna bukan? Bakul ini tetap kosong," kata Amad kepada Atuknya, menelan rasa kecewa.
 
Betulkah tidak berguna?
"Tidak berguna kata Amad? Cuba Amad lihat bakul itu."
Amad melihat bakul di tangannya, dan Amad baru perasan satu perkara, iaitu bakul itu tidak lagi comot dengan kesan arang dan tanah, malah jauh lebih bersih, luar dan dalam.

"Amad, itulah yang berlaku bila kita selalu membaca al-Quran. Kita mungkin tidak faham, atau tidak ingat apa-apa, tetapi yakinlah  bila kita membacanya, kita akan berubah, luar dan dalam". 

Amad tersenyum lebar dan penuh bahagia, persoalannya kini terjawab.
 

Usaha atau Hasil?
Seringkali kita terfokus pada hasil, sehingga kita terlupa usaha itu yang lebih utama. Tanpa usaha tiada hasil. Mulai sekarang ubahlah apa yang kita lihat. Lihat dan hargailah usaha, walau hasilnya tidak seberapa.





"Jika kita berupaya sekuat tenaga menemukan sesuatu, dan pada titik akhir upaya itu hasilnya masih kosong, maka sebenarnya kita telah menemukan apa yang kita cari dalam diri kita sendiri, yakni kenyataan, kenyataan yang harus dihadapi, sepahit apa pun keadaannya."

Tuesday, January 4, 2011

"PROJEK CENDAWAN KAB"


Salam sayang buat semua!!!!

Arini Bakti nak bercerita tentang kegigihan rakan2 kita yang sedang giat mengusahakan Projek Cendawan di KAB kita yang tercinta nih!

Projek Cendawan ni dimulakan oleh Batch ambilan Julai sesi 2010/2011 sebagai perintis pertama yang diterajui sendiri oleh ayahanda tercinta iaitu Encik Zulkifli bin Mamat.
Projek ini dikendalikan sepenuhnya oleh beberapa orang pelajar KAB yang terpilih oleh EXCO Kebajikan & Kemasyarakatan, berdasarkan beberapa kriteria2 yang tertentu.. Modal permulaan untuk projek ini adalah sepenuhnya dari pihak kolej dan segala keuntungan adalah hak milik sepenuhnya pelajar2 tersebut.
Projek ini adalah bertujuan bagi membantu penghuni KAB yang BENAR2 berminat & memerlukan bantuan kerana projek ini memerlukan 200% komitmen sepenuhnya! Bukan hangat2 taik ayam k!





 Rumah cendawan....[lokasi dirahsiakan]







Rak2 cendawan yg dah siap....ready utk masukkan bantal cendawan!






Rak2 cendawan...



*Bakti sgt berbangga dgn kesungguhan&kegigihan rakan2 kita dlm menjayakn projek ini. Semoga rakan2 terus berjaya&tidak mudah putus asa! Chaiyok3!

q(^_^)p

:SKUAD BAKTI KAB:

:SKUAD BAKTI KAB:
Skuad Bakti KAB merupakan sebuah unit yang ditubuhkan dibawah Exco Kebajikan dan kemasyarakatan KAB sesi 2010/2011 pada 31 Julai 2010.Skuad Bakti berperanan untuk menjaga kebajikan Pelajar Kolej Aminuddin Baki sekaligus menerapkan Budaya Prihatin sesama Penghuni.Kami amat mementingkan kebajikan anggota.Moto kami "Kebajikan untuk semua Sayangi KAB!"

::Zon Muzik Bakti::