PENGUMUMAN BAKTI!!

Followers

Tuesday, March 29, 2011

JALINAN KASIH SUBURKAN HARAPAN(JASA), RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN BAIT AL-AMIN..SATU PERMULAAN~

Pada 26-27/3/2011 yg lalu..Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan KAB sesi 2010/2011 telah mengadakan Program Jalinan Kasih Suburkan harapan(JASA) di Rumah anak-anak yatim/miskin Bait Al-Amin Kampung tengah Perak. Program yang berlangsung selama 2 hari itu bertujuan untuk membawa Skuad Bakti KAB dan ajk pelaksana mendampingi kehidupan sebenar insan yang kurang bernasib baik. Disamping itu dapat membina tautan kasih sayang dan memberi harapan untuk anak-anak yang dambakan kasih sayang keluarga tercinta.

 Setibanya kami disana,disambut dengan riang oleh anak-anak dan pengurus Rumah Bait Al -Amin, En Rozelan Zamzuri. Sepanjang 2 hari disana kami bersama-sama menyiapkan hidangan dengan memasak sendiri. Keadaan ini lebih menimbulkan suasana kekeluargaan dan harmoni sesama insan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah LDK,slot Motivasi,sukaneka,gotong royong ,tanam pokok dan sebagainya."Anak-anak Bait Al-Amin perlu diberi kasih sayang" itulah pesanan pengarah program, saudari Siti Mardhiah Bt Mansor kepada semua ajk Jasa. Apa yang penting masa yang ada ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk bersama mereka.

Akhir kalam,semoga anak-anak Bait Al-Amin akan terus tabah menghadapi ujian Allah. Bersyukurlah kerana masih diberi nikmat iman dan kehidupan untuk terus bernafas dibumi tempat persinggahan sementara ini.Yang telah pergi meninggalkan dunia, Allah lebih sayangkan mereka.Sesungguhnya setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.Yakinlah dengan ketentuanNYA.Sehingga kini sayu hati kami mendengar lagu daripada Anak-anak Bait Al-Amin yang sarat dengan perjalanan hidup yang penuh rintangan. Kami doakan kejayaan anak-anak Bait Al Amin. InsyaAllah.

Oleh:Mohd Loqmanul Hakim bin Kamaruldzaman
Exco kebajikan dan kemasyarakatan KAB sesi 2010/2011

KEBAJIKAN UNTUK SEMUA SAYANGI KAB!












Rona ungu sinaran kasih ..JASA sesama insan~
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AJK PELAKSANA JASA!

7 comments:

miss nana said...

terima kasih sbb beri pengalaman baru pada saya,sebagai ajk pelaksana...sangat2 menghargainya..:)

SKUAD BAKTI KAB said...

sama-sama miss nana..kita sama2 punyai matlamat yg sama ke program tersebut!

sukasukisakan said...

banyak memberi pengalaman dan pengajaran..:)

SitiMardhiahMansor said...

sayang skuadbakti....syg exco kebajikan....sob3...

NAJ | Milin said...

syg kak Mar lebey. hahahaha.
thx for the memories ppl! miss the kids oredi. :')

the pencil.... said...

hehehehe, alhamdulillah....kepada bakal smbg JMK ag 2....buat lah satu ag program bersama anak2 ni ag supaya kte x putus talian persaudaraan yg kte bina 2....

BAIT AL-AMIN said...

Salam...Tiada kata seindah bahasa yang dapat dilafazkan...bukan intan permata yang dicari namun secebih kasih yang dipinta dalam mengharungi kehidupan liku-liku perjalanan...terima kasih kerana hadir bak pelangi walaupun hanya seketika...tapi cukup menghiburkan hati...seharian waktu bersama kalian..mungkin atau mungkin..atau mungkin ianya berulang kembali...salam dari Anak-anak Bait Al-Amin.

:SKUAD BAKTI KAB:

:SKUAD BAKTI KAB:
Skuad Bakti KAB merupakan sebuah unit yang ditubuhkan dibawah Exco Kebajikan dan kemasyarakatan KAB sesi 2010/2011 pada 31 Julai 2010.Skuad Bakti berperanan untuk menjaga kebajikan Pelajar Kolej Aminuddin Baki sekaligus menerapkan Budaya Prihatin sesama Penghuni.Kami amat mementingkan kebajikan anggota.Moto kami "Kebajikan untuk semua Sayangi KAB!"

::Zon Muzik Bakti::