PENGUMUMAN BAKTI!!

Followers

Thursday, August 19, 2010

::Program Masih Ada Yang Sayang::

Assalamualaikum dan salam Ramadhan..
Pada 14 ogos lalu selesailah program Kedua Exco kebajikan dan kemasyarakatan KAB sesi 2010/2011.Program Masih ada yang sayang merupakan sebuah program yang dirangka untuk meraikan anak-anak yatim yang terdiri dalam kalangan penghuni kolej sendiri.Program berlansung dalam keadaan hujan lebat.Maka terdapat peserta yang tidak dapat hadir.Menurut seorang peserta saudari Nurfaraihan,program ini sedikit sebanyak dapat memberi peluang untuk penghuni yang kurang bernasib baik mendapatkan maklumat mengenai badan yang bertanggungjawab jika berlaku masalah kelak.

Program ini telah dirasmikan Oleh Ustaz Rosli yang Mewakili Tuan Pengetua yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain.Ustaz Rosli juga mengulas beberapa hadis mengenai kepentingan meraikan anak yatim dalam perspektif islam.Menurut pengarah program pula, saudara Mohd Loqmanul Hakim program seumpama ini amat berguna untuk meraikan anak yatim KAB agar mereka tidak rasa disisihkan selain memperolehi maklumat mengenai beberapa perkara penting ketika mengalami masalah kelak.Borang khairat kematian juga telah diedarkan kepada mereka yang memerlukan.Allhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun berlaku beberapa masalah .Terima kasih diucapkan kepada semua ajk pelaksana yang terdiri daripada JMK KAB dan ahli Skuad Bakti.Semoga banyak lagi program dapat dijalankan dibawah Skuad Bakti!!










5 comments:

Anonymous said...

banyaknya korang makan...

afiqah said...

takpela..habiskan makanna...hahhahah

mastura said...

oit..baju kurung sapa ek tu..kantoi makan banyak..kui3

SKUAD BAKTI KAB said...

Terima kasih kepada semua..

SitiMardhiahMansor said...

rsanya nasik mekna. hahahah

:SKUAD BAKTI KAB:

:SKUAD BAKTI KAB:
Skuad Bakti KAB merupakan sebuah unit yang ditubuhkan dibawah Exco Kebajikan dan kemasyarakatan KAB sesi 2010/2011 pada 31 Julai 2010.Skuad Bakti berperanan untuk menjaga kebajikan Pelajar Kolej Aminuddin Baki sekaligus menerapkan Budaya Prihatin sesama Penghuni.Kami amat mementingkan kebajikan anggota.Moto kami "Kebajikan untuk semua Sayangi KAB!"

::Zon Muzik Bakti::